Sunday, March 11, 2012

KELEBIHAN SEORANG WANITA

v Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

v Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

v Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

v 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

v Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

v Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

v Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

v Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

v Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

v Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

v Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

v Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

v Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

v Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

v Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

v Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

v Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

v Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

v Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

v Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

v Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

v Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

v Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

v Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

v Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Friday, February 4, 2011

Isteri solehah pasti pelihara Sifat sifat

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai �teman hidup�.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

• Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
• Bersikap malu terhadap suami.
• Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
• Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
• Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
• Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
• Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
• Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
• Sentiasa menghormati keluarga suami .
• Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
• Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
• Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.
Mereka kenalah pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja yang mereka sendiri menjadi bos dan kulinya. Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman. Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa.
Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan. Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Minda Solehah

Sabda Baginda saw :
"Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktu, dan memelihara kehormatannya, nescaya dia akan memasuki syurga Tuhannya"
(Riwayat Ahmad)

Pesanan buat Isteri Solehah

Wahai Wanita Solehah, Ini Pesanku

Kelihatan ramai yang bergembira apabila diri bakal bergelar isteri. Kerana mereka mensyukuri nikmat ALLAH Subhanahu Wa Taalla atas kurniaan insan yang bergelar suami. Daripada status sendiri kini jiwa telah dimiliki. Mereka berasa bertuahnya diri berbanding sahabiah lain yang masih mencari.

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah Sallallahualaihi-Wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah wanita yang solehah.”

Dalam sebuah hadis daripada Rasulullah shallallahual aihi wasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)

Seorang Isteri yang solehah itu akan mengutamakan tanggungjawabnya sebagai isteri. Segala tindak tanduknya pasti disandarkan kepada keredhaan Allah. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Mentaati suami yang soleh

Rumahtangga bahagia bukan ditunjangi oleh suami soleh, tetapi ia dipacu juga oleh isteri yang solehah. Perintah Allah dan Rasul akan menjadi autoriti disamping mencurahkan kesetiaan kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”

[Surah An-Nisa’:34]

Isteri cerdik lagi solehah, di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, dia sentiasa menampakkan wajah manis dihadapan suami. Rahsia rumah tangga samada di dalam atau di luar rumah pasti dijaga rapi bagi menjaga aib suami.

Segala perintah suami pasti dituruti, asal sahaja baik arahannya. Segalanya dikerjakan dengan patuh kerana redha ALLAH Subhanahu Wa Taala. Bertambah kasih suami kepada si isteri, apabila isteri yang dinikahi baik budi.

Mulianya isteri diangkat juga dengan kelembutan bicaranya terhadap suami. Isteri tidak sesekali memberi perintah kepada suami, melainkan diucapkannya dengan nada mengharap suatu pertolongan sebagai simbol penghormatan. Manakala kepada suami, hak yang dimiliki bukan bererti memperhambakan isteri dalam urusan rumahtangga, tetapi ia dikongsi bersama.

Wanita yang bergelar isteri tidak pernah jatuh martabatnya dengan taat kepada suami. Ketaatan isteri solehah terhadap perintah suaminya hanya terletak kepada perkara yang tidak melanggar syarak. Isteri dibenarkan membantah arahan suami yang jelas melanggar syarak dan mendatangkan dosa.



2. Menguruskan rumahtangga

Isteri Muslimah diperintahkan oleh Allah agar sentiasa berada di rumah sebagai keutamaan. Tanpa keizinan suami, adalah haram buat siisteri untuk melangkah kaki sesukanya ke luar rumah.

Islam tidaklah kejam hingga dalam hal darurat, isteri tidak dibenarkan keluar rumah.Terlalu banyak hikmah terhadap suruhan agar isteri mengutamakan untuk tinggal di rumah dan memohon izin suami ketika mahu berpergian.

Dengan kelembutan sifat fitrah si isteri, anak-anak menjadi mudah dilentur. Hubungan ibu dan anak semenjak 9 bulan di dalam rahim, memungkinkan kelembutan didikan ibu disalurkan dengan berkesan terhadap anak.

Manakala, keizinan suami untuk isteri berpergian, memberi kemuliaan terhadap si isteri agar fitnah dapat dikekang tanpa ditemani mahram.
Peringatan! Mendidik anak, menghias, mengemas rumah bukanlah seratus peratus tanggungan isteri. Tugasan tersebut harus dibahagikan juga kepada suami sebagai keringanan buat si isteri.



3. Isteri Berhias

Umum mengetahui, menghias diri adalah fitrah wanita. Walaubagaimanapun, salah faham sering berlaku di kalangan para isteri. Sangkaan berhias di luar rumah (tabarujj) sebagai perkara biasa adalah satu kesalahan besar yang sering dilihat ringan.

Wahai para isteri di luar sana, jelaskan, untuk apa berhias di luar rumah? Untuk dilihat menarik oleh sesama wanita? Dilihat menarik oleh lelaki ajnabi agar dipuji? Mahu mengikut peredaran fesyen supaya diri dihargai? Mengapa pula penghargaan orang di luar sana lebih utama daripada insan bernama suami?

Keistimewaanmu wahai isteri, perhiasanmu khusus buat suami. Pujian kerana kecantikan aslimu wajib buat tatapan suami. Kerana suamimu, dirimu diangkat menjadi mulia. Andai dilihat secara kasar, pasti ramai yang menyangka apa ada pada pandangan seorang suami terhadap si isteri. Tetapi itulah bukti yang menunjukkan pengikitirafan Islam dalam mengangkat hak wanita bernama isteri.

Kemulian wanita pada perhiasannya hanya untuk seorang lelaki bergelar suami. Andai menjadi tatapan umum dan sentiasa mendapat puji itu adalah penghinaan kepada wanita. Disebabkan batasan dirinya adalah hak kepada suami, maka balasan syurga menanti sebagai balasan tidak ternilai yang perlu sabar dinanti.

Tetapi, andai ketika di rumah isteri dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:

“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.





4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.



5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

[Surah Al-A’raaf:26]

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.

Firman Allah yang bermaksud:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[Surah Al-Ahzab:59]





6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami


Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri yang selalu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya.

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.


Wallahu’alam

Isteri Solehah 1

Assalamualaikum.
Ustaz,
Saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami & di redhai.
saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik utk menambat hati suami utk mewujudkan rumah tangga yg bahagia & diberkati?
Terima kasih.


Walaikummussalam

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

wallahua'lam

Kisah Nabi Ibrahim Melawat Menantunya

Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku
kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya
sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya
sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.

Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.